Tuesday, August 31, 2010

Surah al-Ankabut Ayat 1-23

Al-Ankabut 1 – 23
1. Alif, Lam, Mim.
2. Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji?
3. Sesungguhnya Kami telah menguji manusia sebelum mereka, lalu Allah telah kenal pasti siapa diantara mereka yang benar-benar beriman, dan yang benar-benar inkar.
4. Bahkan apakah orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari pengadilan Kami? Amat kejilah sangkaan mereka itu.
5. Sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya masa ketetapan Allah itu pasti akan tiba;dan Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

6. Dan Barang siapa berjuang maka sesungguhnya dia berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah tidak berhajat apapun daripada sekalian alam.



7. Adapun orang yang beriman dan beramal soleh, Kami akan ampunkan dosa-dosa mereka, dan mengurniakan balasan yang baik bagi apa yang mereka telah kerjakan.



8. Dan Kami telah mewajibkan keatas manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Oleh itu, jika kedua mereka menghasut kamu supaya bersekutukan Aku dengan sesuatu yang kamu tidak mengetahui tentangnya, maka janganlah taat kepada mereka. Hanya Akulah tempat kembali kamu dan Aku akan memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.




9. Orang yang beriman serta beramal soleh, Kami pasti akan tempatkan mereka bersama orang yang soleh.


10. Di kalangan manusia ada yang berkata: Kami beriman dengan Allah. Tetapi apabila dia disiksa pada jalan Allah, dia jadikan siksaan manusia itu seperti azab Allah sehingga menyerah diri kepada manusia. Sebaliknya, jika pertolongan dari Tuhanmu datang, mereka akan berkata: Kami sentiasa bersama-sama kamu. Bukankah Allah Maha mengetahui apa yang ada dalam dada semua manusia?


11. Begitu juga Allah Maha mengetahui orang beriman, dan Maha mengetahui orang munafik.
12. Orang kafir berkata kepada orang beriman: Ikutlah cara hidup kami, dan kami akan menanggung dosa-dosa kamu, sedangkan mereka sendiri tidak dapat menanggung sedikitpun dari dosa-dosa mereka, dan sesungguhnya mereka itulah pendusta.
13. Mereka akan menanggung dosa mereka dan dosa orang yang mereka sesatkan. Pada hari Qiamat kelak mereka akan ditanya tentang apa yang mereka pernah ada-adakan secara dusta itu.
14. Sesungguhnya Kami telah utuskan Nabi Nuh yang tinggal bersama kaumnya selama sembilan ratus lima puluh tahun. Mereka dibinasakan oleh taufan akibat kederhakaan mereka.
15. Kami selamatkan Nuh dan pengikutnya dalam bahtera, dan Kami jadikan peristiwa itu satu tanda kekuasaan Kami bagi semua manusia.
16. Adapun Nabi Ibrahim, tatkala dia menyeru kaumnya: Perhambakanlah diri kamu kepada Allah dan bertaqwalah kepadaNya;yang demikian itu adalah baik bagi kamu jika kamu mengetahui.



17. Kamu hanyalah menyembah tuhan-tuhan patung berhala yang kamu ukir secara dusta. Sesungguhnya mereka yang kamu sekalian sembah selain dari Allah itu, tidak memiliki sebarang memberi rezeki bagi kamu. Oleh itu mohonlah rezeki kepada Allah,dan perhambakanlah diri kepada Dia, serta bersyukurlah kepadaNya. Kepada Allah jualah kamu akan dikembalikan.
18. Dan jika kamu sekalian mendustakan ajaran Rasul, maka sesungguhnya umat-umat sebelum kamu juga telah mendustakannya. Dan tugas Rasul hanyalah menyampaikan kebenaran dengan jelas.
19. Tidakkah mereka memikirkan bagaimana Allah memulakan sesuatu ciptaan, kemudian mengembalikannya kepada asal. Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah.
20. Katakanlah: Kembaralah kamu di atas bumi, dan lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan dengan suatu bentuk; kemudian Allah menjadikannya berbentuk lain dari asal kejadian. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu.
21. Allah menyeksa sesiapa yang Dia kehendaki, dan mengasihani sesiapa yang Dia kehendaki, dan hanya kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan.
22. Kamu tidak dapat melepaskan diri, baik di bumi mahu pun di langit. Tiada pelindung dan penolong bagi kamu melainkan Allah.
23. Dan orang yang ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan pertemuan dengan-Nya akan berputus putus asa dari rahmat-Ku; dan mereka juga akan beroleh azab yang pedih.