Tuesday, August 31, 2010

Surah al-Ankabut Ayat 1-23

Al-Ankabut 1 – 23
1. Alif, Lam, Mim.
2. Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji?
3. Sesungguhnya Kami telah menguji manusia sebelum mereka, lalu Allah telah kenal pasti siapa diantara mereka yang benar-benar beriman, dan yang benar-benar inkar.
4. Bahkan apakah orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari pengadilan Kami? Amat kejilah sangkaan mereka itu.
5. Sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya masa ketetapan Allah itu pasti akan tiba;dan Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

6. Dan Barang siapa berjuang maka sesungguhnya dia berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah tidak berhajat apapun daripada sekalian alam.

7. Adapun orang yang beriman dan beramal soleh, Kami akan ampunkan dosa-dosa mereka, dan mengurniakan balasan yang baik bagi apa yang mereka telah kerjakan.

8. Dan Kami telah mewajibkan keatas manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Oleh itu, jika kedua mereka menghasut kamu supaya bersekutukan Aku dengan sesuatu yang kamu tidak mengetahui tentangnya, maka janganlah taat kepada mereka. Hanya Akulah tempat kembali kamu dan Aku akan memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.

9. Orang yang beriman serta beramal soleh, Kami pasti akan tempatkan mereka bersama orang yang soleh.

10. Di kalangan manusia ada yang berkata: Kami beriman dengan Allah. Tetapi apabila dia disiksa pada jalan Allah, dia jadikan siksaan manusia itu seperti azab Allah sehingga menyerah diri kepada manusia. Sebaliknya, jika pertolongan dari Tuhanmu datang, mereka akan berkata: Kami sentiasa bersama-sama kamu. Bukankah Allah Maha mengetahui apa yang ada dalam dada semua manusia?

11. Begitu juga Allah Maha mengetahui orang beriman, dan Maha mengetahui orang munafik.
12. Orang kafir berkata kepada orang beriman: Ikutlah cara hidup kami, dan kami akan menanggung dosa-dosa kamu, sedangkan mereka sendiri tidak dapat menanggung sedikitpun dari dosa-dosa mereka, dan sesungguhnya mereka itulah pendusta.
13. Mereka akan menanggung dosa mereka dan dosa orang yang mereka sesatkan. Pada hari Qiamat kelak mereka akan ditanya tentang apa yang mereka pernah ada-adakan secara dusta itu.
14. Sesungguhnya Kami telah utuskan Nabi Nuh yang tinggal bersama kaumnya selama sembilan ratus lima puluh tahun. Mereka dibinasakan oleh taufan akibat kederhakaan mereka.
15. Kami selamatkan Nuh dan pengikutnya dalam bahtera, dan Kami jadikan peristiwa itu satu tanda kekuasaan Kami bagi semua manusia.
16. Adapun Nabi Ibrahim, tatkala dia menyeru kaumnya: Perhambakanlah diri kamu kepada Allah dan bertaqwalah kepadaNya;yang demikian itu adalah baik bagi kamu jika kamu mengetahui.

17. Kamu hanyalah menyembah tuhan-tuhan patung berhala yang kamu ukir secara dusta. Sesungguhnya mereka yang kamu sekalian sembah selain dari Allah itu, tidak memiliki sebarang memberi rezeki bagi kamu. Oleh itu mohonlah rezeki kepada Allah,dan perhambakanlah diri kepada Dia, serta bersyukurlah kepadaNya. Kepada Allah jualah kamu akan dikembalikan.
18. Dan jika kamu sekalian mendustakan ajaran Rasul, maka sesungguhnya umat-umat sebelum kamu juga telah mendustakannya. Dan tugas Rasul hanyalah menyampaikan kebenaran dengan jelas.
19. Tidakkah mereka memikirkan bagaimana Allah memulakan sesuatu ciptaan, kemudian mengembalikannya kepada asal. Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah.
20. Katakanlah: Kembaralah kamu di atas bumi, dan lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan dengan suatu bentuk; kemudian Allah menjadikannya berbentuk lain dari asal kejadian. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu.
21. Allah menyeksa sesiapa yang Dia kehendaki, dan mengasihani sesiapa yang Dia kehendaki, dan hanya kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan.
22. Kamu tidak dapat melepaskan diri, baik di bumi mahu pun di langit. Tiada pelindung dan penolong bagi kamu melainkan Allah.
23. Dan orang yang ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan pertemuan dengan-Nya akan berputus putus asa dari rahmat-Ku; dan mereka juga akan beroleh azab yang pedih.

Monday, August 30, 2010

Surah al-Qasas Ayat 85-88

Al-Qasas 85 – 88,

85. Sesungguhnya Allah yang mewajibkan ke atas kamu, wahai Muhammad, seruan kepada al-Qur'an, benar-benar akan mengembalikan kamu kepadaNya.Katakanlah: Tuhanku amat mengetahui siapa yang membawa petunjuk dan siapa pula yang berada dalam kesesatan yang nyata.
86. Dan kamu tidak pernah menjangka al-Qur'an ini diturunkan kepadamu, tetapi ia adalah rahmat dari Tuhanmu; maka janganlah kamu bersekongkong dengan orang kafir.
87. Dan janganlah sampai mereka menghalangmu dari menyebarkan ayat-ayat Allah sesudah ianya diturunkan kepadamu; dan serulah manusia kepada Tuhanmu; dan janganlah kamu menjadi dari golongan orang musyrik.
88. Dan janganlah kamu memohon kepada tuhan yang lain di samping Allah. Tiada tuhan melainkan Dia. Setiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. Bagi-Nyalah segala penentuan, dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan.

Surah an-Naml Ayat 64-88

An-Naml Ayat 64 – 88
64. Atau siapakah yang mengujudkan semua kejadian ini, kemudian dia menghapuskannya? Siapakah pula yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Jadi, apakah ada tuhan selain Allah? Katakanlah wahai Muhammad: "Bawalah kemari bukti-bukti kamu, jika kamu bercakap benar ".
65. Katakanlah: “Tiada siapapun di langit dan di bumi mengetahui perkara ghaib melainkan Allah!" Dan mereka tidak sedari bilakah mereka akan dihidupkan semula.

66. Mereka hanya akan mengetahuinya ketika benar-benar berlaku di Akhirat nanti, sedang masa berada di dunia mereka ragu-ragu, dan tidak langsung mengambil tahu mengenainya.
67. Orang-orang kafir berkata: "Bagaimana mungkin kami dan datuk nenek kami,dihidupkan semula setelah kami hancur menjadi tanah?

68. Sebenarnya, kami dan datuk nenek kami telah diperingatkan dahulu mengenainya ini, tapi kami cuma anggapkannya sebagai cerita-cerita dongeng".

69. Katakanlah wahai Muhammad: "kembaralah kamu sekalian di atas muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kejahatan itu".
70. Dan engkau tidak perlu sedih terhadap kekufuran mereka dan engkau tidak perlu resah-gelisah disebabkan angkara jahat mereka.

71. Mereka mencabar engkau: "Bilakah berlakunya azab yang dijanjikan itu, jika kamu bercakap benar?"

72. Katakan: "Mudah-mudahan dalam waktu terdekat akan timpa ke atas kamu sebahagian dari azab yang kamu minta disegerakan itu".

73. Sesungguhnya Tuhan engkau sangat Pemurah kepada manusia tetapi kebanyakan mereka tidak mensyukuriNya.

74. Tuhan engkau juga Maha mengetahui apa yang terpendam dalam hati mereka dan apa yang mereka luahkan.

75. Tiada sesuatu perkara yang ghaib di langit dan di bumi, melainkan ternyata dalam Kitab di lauh al-mahfuz.
76. Sesungguhnya al-Quran ini menyatakan kebenaran kepada Bani lsrail dalam kebanyakan masalah yang mereka berselisihan padanya.
77. Sesungguhnya al-Quran itu juga menjadi petunjuk dan rahmat kepada orang yang beriman.
78. Sebenarnya Tuhanmu wahai Muhammad akan menentukan keputusan muktamad di kalangan dengan bijaksana. Dan Dia Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.
79. Oleh itu, pasrahlah kepada Allah, sesungguhnya engkau berada di atas kebenaran yang jelas.
80. Sesungguhnya engkau tidak dapat menghidupkan orang yang mati hatinya dengan seruan kebenaran dan tidak dapat menjadikan orang yang pekak itu mendengar seruanmu, apabila mereka benar-benar menolaknya.

81. Begitu jugalah engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang sesat supaya menjauhi kesesatan mereka. Engkau hanyalah dapat memperdengarkan seruanmu itu kepada orang yang beriman dengan ayat-ayat keterangan Kami,dan merekalah orang yang menyerah diri kepada Allah.
82. Apabila berlaku qiamat, Kami akan keluarkan dabah, suatu jenis makhluk, dari bumi dan ia akan bertutur kepada mereka, bahawa manusia tidak beriman dengan tanda-tanda keagungan Kami.

83. Pada hari dimana Kami mengumpulkan pendusta-pendusta ayat-ayat keterangan Kami dari setiap umat dan pergerakan mereka di awasi.

84. Sehingga apabila mereka sampai di muka pengadilan, Allah Taala berfirman: "Kenapakah kamu mendustakan ayat-ayat keteranganKu sedang kamu sekalian tidak sedikit pun mempunyai ilmu tentangnya? Atau apakah yang kamu telah lakukan?"
85. Hukuman dijatuhkan ke atas mereka disebabkan kezaliman, lalu mereka tidak berupaya mengeluarkan kata-kata untuk membela diri.

86. Tidakkah mereka perhatikan bagaimana Kami jadikan malam untuk mereka berehat padanya, dan siang bercahaya? Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kehebatan Allah bagi kaum yang beriman.

87. Pada hari di tiupkan sangkakala, akan terkejutlah makhluk-makhluk yang berada di langit dan di bumi, kecuali mereka yang dikekhendaki Allah. Pada hari itu semua akan datang kepadaNya dalam keadaan tunduk patuh.
88. Apabila engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tidak bergerak. Sebenarnya pergerakannya adalah sepantas awan. Begitulah kejadiaan Allah yang mencipta se tiap sesuatu dengan sempurna. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu lakukan.

Friday, August 20, 2010

Surah al-Furqan ayat 21-43

Surah al-Furqan Ayat 21-43

21. Orang-orang yang tidak beriman dengan hari pertemuan mereka dengan Kami berkata: "Kenapa tidak diturunkan malaikat kepada kita, atau kita tidak dapat melihat Tuhan kita?" Sebenarnya, mereka sombong angkuh dengan diri mereka, dan melampaui batas.
22. Pada hari mereka melihat malaikat nanti, orang yang bersalah tidak akan menerima berita gembira, dan mereka akan berkata: "Diharapkan kita dipelihara dari sebarang keburukan".
23. Ketika itu Kami dedahkan kerja-kerja baik mereka lalu, Kami jadikannya umpama debu yang berterbangan.
24. Pada hari itu, tempat menetap penghuni syurga adalah sangat selesa, dan ianya sebaik-baik tempat istirehat.
25. Adapun pada hari dimana langit terbelah disertai dengan kumpulan awan, dan malaikat diturunkan dengan cara tersusun;
26. Maka kuasa sebenar pada hari itu hanyalah bagi Allah Yang Maha Pemurah dan ianya adalah hari yang amat sukar keadaannya bagi orang-orang kafir.
27. Orang-orang yang zalim pula akan menggigit-gigit kedua tangannya meluahkan penyesalan: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu menjejaki jalan yang diambil oleh Rasul?
28. "Betapa sial dan malangnya aku kerana aku mengambil si dia itu sebagai kawan karib!
29. "Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari kebenaran setelah ia disampaikan kepadaku. Dan syaitan itu sentiasa berusaha untuk menghampakan manusia ".
30. Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah meninggalkan ajaran al-Quran".
31. Begitulah Kami jadikan bagi setiap Nabi, musuh dari kalangan orang yang bersalah. Oleh itu, wahai Muhammad, cukuplah Tuhanmu sebagai Petunjuk dan Penolong.
32. Orang kafir berkata: "Kenapa al-Quran itu tidak diturunkan kepada Nabi Muhammad sekaligus?" Al-Quran itu tidak diturunkan sekaligus kerana Kami hendak menenteramkan dengannya hatimu wahai Muhammad, dan Kami bacakannya kepadamu secara tartil.
33. Mereka berhujjah kepada kamu dengan sesuatu yang palsu dan batil sedang Kami bawakan kepadamu wahyu kebenaran dan sebaik-baik penjelasan untuk menangkisnya.
34. Mereka itulah orang yang akan diseret ke neraka Jahannam dengan muka tertiarap, tempat kembali mereka itu amat buruk dan jalan mereka lalui amat sesat.
35. Kami telah anugerah Taurat kepada Nabi Musa, dan Kami telah jadikan saudaranya, Nabi Harun, sebagai pembantunya.
36. Kemudian Kami arahkan : "Pergilah kamu berdua kepada kaum yang mendustakan kebenaran Kami"; maka kesudahannya Kami musnahkan mereka semuanya.
37. Adapun kaum Nabi Nuh, ketika mereka mendustakan Rasul-rasul Kami, Kami tenggelamkan mereka, dan Kami jadikan mereka satu tauladan kepada manusia. Kami sediakan azab yang pedih bagi orang yang zalim.
38. Begitu jugalah dengan kaum ‘Ad dan Thamud serta penduduk bandar Rass dan beberapa generasi lain yang hidup pada zaman itu.
39. Setiap mereka, Kami tunjukkan contoh tauladan supaya mengambil pengajaran, sehinggalah Kami hancurkan mereka sehancur-hancurnya.
40. Mereka juga pernah melalui perkampungan yang telah dihujani dengan azab yang buruk, maka, tidakkah mereka mengambil pengajaran darinya? Sebenarnya mereka tidak pun ingatkan adanya hari kebangkitan semula untuk pembalasan.
41. Apabila melihatmu wahai Muhammad, mereka hanyalah menjadikanmu ejek-ejekan sambil berkata: "Inikah orangnya yang Allah utuskan sebagai RasulNya?
42. "Hampir-hampir dia menjauhkan kami dari menyembah tuhan-tuhan kami, jika tidak kerana kami mempertahankannya". Hanya ketika mereka melihat azab, mereka akan mengetahui: siapakah sebenarnya sesat.
43. Tidakkah kamu melihat, wahai Muhammad, orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Dapatkah engkau menjamin dia supaya tidak sesat?

Surah asy syu'araa' ayat 207-227

Asy-Syu’araa’ 207 – 227

207. Kemewahan yang mereka nikmati itu tidak sedikitpun dapat membantu mereka.
208. Kami tidak pernah membinasakan mana-mana perkampungan tanpa terlebih dahulu diutuskan Rasul-rasul yang memberi amaran.
209. Sebagai peringatan; dan Kami tidak pernah menzalimi.
210. Dan sumber peringatan itu bukannya datang dari syaitan-syaitan.
211. Mereka tidak seharusnya berbuat demikian, dan apa tah lagi mereka tidak berupaya melakukannya.
212. Sesungguhnya mereka juga dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh Malaikat.
213. Oleh itu, wahai Muhammad, janganlah kamu bermunajat dengan tuhan yang lain bersama-sama Allah, nescaya engkau terhindar dari azab.
214. Berilah peringatan tegas kepada kaum kerabat yang terdekat.
215. Dan hendaklah engkau bertawadu kepada orang-orang yang beriman.
216. Jika mereka ingkar, katakan: "Sesungguhnya aku bebas dari perbuatan kamu sekalian!"
217. Pasrahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Pengasih,
218. Yang maha melihatmu ketika engkau mendirikan solat,
219. pergerakanmu ketika berada bersama orang-orang yang sujud.
220. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
221. Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan itu turun?
222. Mereka selalu turun ke atas setiap pendusta lagi jahat,
223. yang mendengar dengan penuh teliti setiap apa yang disampaikan oleh syaitan-syaitan itu, sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.
224. Adapun para penyair pula, di sokong oleh golongan yang sesat.
225. Tidakkah engkau melihat mereka merayau-rayau di setiap laluan tanpa hala tujuan?
226. Mereka berbicara dengan sesuatu yang mereka tidak melakukannya?
227. Kecuali penyair-penyair yang beriman, beramal soleh, dan banyak mengingati Allah, serta terselamat dari kezaliman. Orang-orang yang zalim, kelak akan mengetahui tempat kembali mereka yang sebenar.

Sunday, August 8, 2010

Surah al-Mu'minun ayat 1-27

Surah al-Mu’minun 1-27
1. Sesungguhnya berjayalah orang beriman.
2. Ia itu mereka yang khusyu’ dalam solat;
3. menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
4. serta berusaha membersihkan hartanya dengan berzakat;
5. Mereka juga adalah orang yang menjaga kehormatannya,
6. kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela,
7. Barangsiapa mengingini selain dari yang demikian, maka mereka adalah orang-orang yang melampaui batas;
8. Orang beriman juga adalah mereka yang menjaga amanah dan janjinya,
9. serta sentiasa memelihara solatnya
10. Mereka itulah pewaris yang sebenar;
11. yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya".
12. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari sumber tanah;
13. Kemudian Kami telah menjadikannya sebagai benih pada penyimpanan yang kukuh;
14. Kemudian Kami jadikan benih itu sebagai gumpalan darah, lalu Kami jadikannya pula sebagai ketulan daging (mudghah). Kemudian Kami merubahkannya menjadi tulang; lalu Kami balutkan tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
15. Sesungguhnya sesudah itu kamu akan dimatikan.
16. Kemudian kamu akan dibangkitkan semula pada hari kiamat.
17. Sesungguhnya, Kami telah menciptakan tujuh lapisan langit di atas kamu, dan Kami tidak sedikit pun lalai daripada makhluk-makhluk Kami.
18. Kami turunkan air dari langit dengan kadar tertentu, lalu Kami jadikannya tersimpan dalam bumi dan sesungguhnya Kami berkuasa menghilangkannya.

19. Dengan air itu, Kami tumbuhkan bagi kamu kebun-kebun yang lebat dengan buah-buahan tamar, anggur, dan lain-lain jenis buahan sebagai sumber rezeki bagi kamu.

20. Begitu juga Kami mengeluarkan bagi kamu minyak dan pati dari pokok yang asal tumbuhannya di pergunungan Tursina.
21. Pada binatang ternakan juga terdapat pengajaran bagi kamu di mana Kami mengeluarkan dari perutnya, susu dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya; disamping dagingnya yang kamu sekalian menikmatinya.
22. Binatang-binatang ternak itu, serta kapal-kapal dijadikan pengangkutan.
23. Sesungguhnya, utusan Kami, Nuh telah berkatalah: "Wahai kaumku, sembahlah Allah, tiada Tuhan bagi kamu melainkan Dia. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya?".
24. Lalu berkatalah pemimpin-pemimpin dari kalangan orang-orang kafir: Dia ini hanyalah seorang manusia biasa, dan mahu membesarkan diri ke atas kamu sekalian. Kalaulah Allah menghendaki sudah pasti mengutuskan seorang utusan dari malaikat. Kami tidak pun pernah mendengar seruan seperti ini dari datuk nenek kami.
25. Dia ini tidak lain hanyalah seorang yang gila. Oleh itu tunggulah sehingga dia pulih kembali waras.
26. Nabi Nuh berdoa: "Wahai Tuhanku bantulah aku, mereka ini mendustakan aku".
27. Lalu Kami mengarahkannya membina sebuah kapal dengan pengawasan, dan panduan wahyu Kami. Apabila tiba waktu kemusnahan mereka, dan air mula memancut dari muka bumi, maka masukkanlah ke dalam kapal itu setiap jenis haiwan berpasangan, dan juga pengikut-pengikutmu kecuali orang derhaka yang telah sabit keatasnya azab. Jangan sekali-kali engkau merayu kepadaku untuk menolong kaum zalim itu, yang akan ditenggelamkan dalam banjir taufan.