Ka’ab dan 2 lg mukmin ini (Mararah al Rabi’, Hilal b Umaiyah) dihukum boikot sehingga Allah menerima taubat mereka. Dan Allah menerima taubat mereka pada waktu Subuh selepas berlalu malam yg ke 50
Dalam tempoh boikot yg tidak diketahui hujungnya itu, Ka’ab menanggun beban dugaan yg sungguh besar. Antaranya:
- Org2 mukmin dilarang mutlak daripada berurusan dgn mereka, hatta menjawab salamnya sekalipun.
- Isteri2 mereka diasingkan drpd mereka bermula dari malam yg ke40.
- Raja Ghassan cuba utk menghasut Ka’ab menyertai mereka serta dijanjikan dgn habuan jika meninggalkan barisan saf muslim.
- Cubaan utk kekal thabat dalam iman walaupun dihukum utk tempoh yang tak pasti (boleh jadi diboikot sehingga akhir hayat mereka)
Boikot ini diangkat oleh Allah dgn turunnya ayat 118 surah Taubah dan keindahan ukhuwwah di kalangan mukminin jelas terpancar apabila seluruh Madinah bergembira pada subuh ayat itu diturunkan. Mereka berkejaran mendapatkan Ka’ab bg memaklumkan penerimaan taubatnya dan ukhuwwah mereka bersambung kembali.
Berikut merupakan isi-isi penting dari sudut Fiqh Dakwah yg dibentangkan oleh Ustaz Hisham berdasarkan kisah Ka’ab tersebut.
1. Kenapa Ka’ab dihukum?
Ekspedisi Tabuk berakhir tanpa ada satu pertempuran pun (rujuk Raheeq Makhtum) ttp Ka’ab tetap juga dihukum. Pada sesetengah kita, kehadiran Ka’ab tidak memberi beza pun kerana tiada pertempuran berlaku, jd tak perlulah dihukum sebegitu.
Ustaz menegaskan dalam hal ini, bukan perjalanan sesuatu peristiwa itu yg perlu dijadikan ukuran, tetapi isu tanggungjawab dan peranan yg digalaskan itu lebih bererti, samada ianya dilaksana atau tidak. Peranan mesti dilaksanakan dlm apa situasi sekalipun dan tanggungjawab tetap kekal sehingga sesuatu misi itu tamat.
2. Bai’ah berjihad dgn Allah
Kesilapan Ka’ab ialah melanggar Bai’ah berjihad dgn Allah . Beliau dikira meninggalkan jihad tanpa alasan semasa kempen Tabuk- satu kesalahan yg sgt4 besar. Ayat baiah berjihad terkandung di dalam surah taubah ayat 111.
3. Pengorbanan pada masa paling runcing
Keadaan Madinah pada ketika Rasul melancarkan persiapan ke Tabuk sgt meruncing. Kemarau sedang melanda, bekalan makanan berkurangan, lokasi Tabuk yg sungguh jauh, keluarga yg perlu ditinggalkan etc. Semua ini benar2 menguji pertimbangan mukminin utk mempersiapkan diri pergi berperang. Perasaan berbelah bagi mungkin timbul. Pengorbanan yg besar sungguh diperlukan pada ketika ini. Mampukah kita berkorban walau dalam keadaan yg tersepit?
4. Ka’ab buta di hujung hayatnya
Hadith ini diriwayatkan oleh cucu Ka’ab yg menjaganya krn beliau buta di hujung usia. Pengajarannya, para du’at tidak terlepas daripada kelemahan dan penyakit walau sehebat manapun rekod amalnya. Jgn sesekali berasa kehebatan kita di bidang dakwah menjadi sebab Allah jauhkan penyakit dan kelemahan drpd kita.
5. Senioriti dan kesolehan bukan jaminan tak buat silap
Jgn berasa selesa dan yakin bahawa senioriti dan kesolehan kita tidak akan membuatkan kita tersilap. Ka’ab merupakan seorang sahabat yg agung (ahli Badar) dan senior tp turut tersilap dalam perkiraannya. Hendaklah sentiasa bermusahabah dgn tindakan dan keputusan kita, dan juga bermutabaah. Jgn lemas dalam status senior.
6. Antara Bai’ah Aqabah dan Badar
Ka’ab pernah memberitahu beliau lebih suka kpd Bai’ah Aqabah berbanding Perang Badar (kedua-duanya disertai Ka’ab) walau Badar lebih masyhur dan mulia. Ini kerana Bai’ah Aqabah adalah peristiwa perjanjian (memberi bai’ah) utk mewakafkan seluruh hidup kpd islam sebagai seorang daei dan jauh lebih besar ertinya, manakala peperangan merupakan sebahagian daripada perjanjian itu.
7. Kepentingan persediaan secukupnya
Peristiwa Tabuk membuktikan persediaan yg cukup amat penting terutamanya bg sesuatu kerja yg besar. Ini dpt dilihat apabila Rasul buat pertama kali umumkan destinasi peperangan, walhal dlm kempen2 sebelum ini Rasul sentiasa rahsiakan sehingga saat akhir. Dan rasul juga memberi tempoh yg agak lama utk setiap mukmin bersiap. Ini kerana Tabuk sgt jauh dan musuh kali ini ialah tentera empayar Rom.
8. Bertangguh itu bahaya
Jgn amalkan sikap ‘I can if want to do it now’, kerana itulah kesilapan Ka’ab. Ka’ab seorang yg berkemampuan ttp sentiasa bertangguh utk bersiap hingga semuanya sudah terlambat. Usahakan utk terus lakukan perkara yg mampu dilakukan terutamanya dlm bidang dakwah seperti berjumpa mad’u, menyiapkan bahan, merencana prog, siapkan tanggungjawab lain seperti study etc.
9. Perselisihan pendapat itu dibolehkan
Perselisihan pendapat diterima dalam menilai kesilapan seseorang. Dalam kes Ka’ab, kaumnya dari Bani Salamiah mengkritik keras kecuaian Ka’ab tetapi Muadz Jabal mengambil pendekatan bersangka baik dan cuba mencari keuzuran Ka’ab. Rasul tidak komen kedua-dua sikap ini- tanda Rasul iktiraf keduanya. Ada fiqh sendiri dalam kedua sikap yg diambil dan berbeza pendapat dibolehkan.
10. Berwaspada dgn kecenderungan memberi alasan
Allah telah membuka pekung para munafiqin yg memberi alasan tidak menyertai Tabuk (melalui ayat quran) walaupun mereka sangka telah terlepas apabila Rasul terima alasan2 itu. Para du’at hendaklah mempunyai azam kuat dan kukuh bertahan walaupun membuat silap. Kesilapan berlaku sesekali dan jalan keluar ialah dgn bertaubat, bukan dgn memberi alasan. Ka’ab memilih jalan taubat walaupun beliau berkata ‘Akulah orang yg paling pandai dalam memberi alasan jika aku mahu ketika peristiwa itu’.
11. Kepentingan berkata benar
Ustaz menekankan ttg kepentingan berkata benar- kepada diri sendiri dan kepada qiyadah. Jawab Rasul setelah Ka’ab mengakui kesilapannya tanpa cuba memberi alasan: ‘Inilah dia org yang jujur’. Secara tak langsung Rasul menempelak para munafiqin yg cuba membodohkan Rasul dgn alasan mereka. Implikasi apabila tidak berkata benar itu sentiasa ada.
12. Pendirian qiyadah terhadap kesalahan besar
Pengajaran melalui hukuman walaupun yg melakukan kesalahan itu berkata benar. Ka’ab tetap menerima hukumannya walaupun berkata benar dan beliau tidak memberontak kerana itu.
13. Berhati-hati memberi nasihat
Berhati-hati dgn pengaruh emosi dan sentimen ketika memberi nasihat. Dlm kisah ini, kaum Ka’ab iaitu Bani Salamiah menasihati Ka’ab agar turut memberi alasan utk berlepas diri sekalipun mereka berniat ikhlas dan merupakan sebahagian drpd pasukan jihad islam yg pulang dari Tabuk. Mereka menasihati Ka’ab supaya memberikan alasan dan membaiki kesilapan itu pada masa hadapan. Nyata nasihat mereka dipengaruhi sentimen ‘menjaga kaum kerabat’ walaupun niat mereka baik. Tidak semua nasihat baik terutamanya yg emosional. Dan kalau cuba memberi nasihat, berilah dgn pertimbangan rasional dan adil.
14. Pertimbangan emosi dalam menerima hukuman
Hendaklah cuba sedayanya utk menerima hukuman dgn redha dan jauhi pengaruh emosi yg berlebihan kerana selalunya pertimbangan kita cenderung utk salah ketika dikuasai perasaan. Dan jangan terlalu tenggelam melayan perasaan sedih dlm tempoh itu. Ka’ab contoh keteguhan peribadi ketika menjalani hukuman walaupun cubaannya begitu berat seperti tidak dijawab salamnya oleh para mukminin termasuk sahabat paling rapat dgnnya. Total isolation.
15. Konspirasi musuh islam sentiasa berjalan
Ka’ab menerima surat jemputan khas dari Raja Ghassan (kerajaan kafir yg kuat di semenanjung arab) utk menyertai mereka dan dijanjikan pelbagai habuan. Pihak musuh islam cuba memecahkan saf muslimin dgn menghasut mereka yg dlm keadaan tersepit seperti Ka’ab supaya membelot. Mereka yg lemah iman atau gopoh sudah tentu mudah terpengaruh, contohnya seperti sesetengah golongan di Palestin kini yg terpedaya dgn habuan segera utk bekerjasama dgn penjajah. Ka’ab sebaliknya memandang pelawaan itu sebagai ujian yg istimewa dari Allah khas untuknya.
16. Iltizam sepenuhnya walaupun dalam menjalani hukuman
Walaupun dlm tempoh hukuman, Ka’b tidak mengeluh atau cuba utk berunding meringankan hukumannya. Sebaliknya, beliau cuba utk memastikan beliau mematuhi perintah hukuman dgn sepenuhnya. Contohnya, apabila diberitahu beliau perlu diasingkan daripada isterinya bermula malam ke40, Ka’ab bertanya samada arahan itu memerlukannya menceraikan isteri atau hanya diasingkan (akan diceraikan jika perlu). Isterinya menawarkan diri utk dtg sesekali menguruskan makan pakainya dlm tempoh pengasingan itu ttp disuruh oleh Ka’ab supaya jauhkan diri sehingga perintah mengatakan sebaliknya.
17. Kesabaran seorang daei sehingga Allah menyelamatkannya
Kesabaran itu pasak kepada peribadi seorang muslim. Berkat kesabaran Ka’ab, Allah menerima taubatnya setelah tamat malam ke-50 dan itulah peristiwa paling manis dalam hidupnya menurut Ka’ab.
18. Ukhuwwah yg agung
Ukhuwwah lah yg menjamin perpaduan sesama mukmin dan menghindarkan keretakan saf kita. Para sahabat yg lain berkongsi kegusaran dlm menunggu tamatnya hukuman ke atas Ka’ab dan nyata apabila diangkat hukuman itu seluruh sahabat bergembira dan berebut-rebut menemui Ka’ab utk memberitahunya. Ka’ab tidak lupa kpd sahabatnya Talhah yg berkejaran menemuinya lalu memeluknya dan mengumumkan berita itu dgn gembira. Rasul turut gembira dgn penerimaan taubat Ka’ab, ‘Bergembiralah dgn hari yang paling baik pernah kau lalui’.
19. Pengorbanan dan peningkatan diri bukti taubat diterima
Ka’ab melepaskan hartanya setelah taubatnya diterima, sebagai berkorban utk kesilapannya. Rasul mintanya simpan sebahagian utk keluarga. Keteguhan Ka’ab ketika diboikot juga membuktikan peningkatan dirinya dan ini adalah hasil taubat yg diterima.
20. Tiada perkataan ‘cukup’ dalam dakwah
Jgn berasa selesa/ cukup setelah selesai sesuatu misi/objektif. Ka’ab tidak berasa cukup dgn taubatnya walau diterima lalu sentiasa sedekahkan hartanya dgn niat menebus kesilapannya.
21. Enam peringkat keimanan muslim
Terbahagi kpd 3 peringkat mukmin dan 3 lagi peringkat munafiq.
3 peringkat mukmin:
- taat sepenuhnya
- golongan yg mungkin goyah pada sesetengah keadaan/situasi ttp diteguhkan kembali pendiriannya.
- tidak menyertai jihad bukan kerana lemah dari segi iman ttp kerana ada penghalang
3 peringkat munafiq:
- nifaq yg berlembut ttp tetap tidak jujur, sering beralasan utk berlepas diri.
- nifaq yg berlebihan dan berani mengumumkannya. Juga berani membangkang arahan.
- nifaq yg berkonspirasi utk menjatuhkan islam- contohnya perjumpaan munafiqin di rumah Suwailim (seorang yahudi) merancang tindakan yg boleh melemahkan semangat muslim ketika kempen. Rasul dapat tahu lalu arah rumah itu dibakar.
Sesuatu yg mengagumkan bagaimana ustaz dpt mencungkil sebegini banyak pengajaran daripada hanya satu peristiwa sirah. Sebelum ini ustaz juga pernah menulis sebuah buku menghuraikan Fiqh Dakwah drpd kisah Ghulam Berdakwah (Ghulam dan Ahli Sihir). Mengikuti pengisian daripada para du’at yg telah ‘seasoned’ dalam dunia dakwah seperti ustaz amat2 memberikan kesan yg bermanfaat dan insya Allah peluang begini akan hadir lagi selepas ini pada tahun2 mendatang. Semoga ikhwah akhwat sendiri berpeluang mengikutinya satu masa nanti. Biiznillah